Tuesday, August 2, 2011

pengat pisan la pulak~~~

he3..assalamualaikum....
sbnrnye kn..plan awal nk bwat semalam..tp last minit tukar idea sbb x jumpa pisang nipah..pisan tanduk mak xle mkn..he3..
pengat pisang ni teramatlah febret sy dr dolu2 ag..
eh..bkn pisang je kot..sume jenis pengat sy suka..
pengat ubi, pisang, keladi, durian pown..janji pengat..kih3
terima kasih kpd puan seri ibu ratu hatiku yg BNYK gle mmberi tunjuk ajar hari ni... :))

bahan-bahan
  • Sesikat pisang abu dalam 10 biji, buang kulit belah dua
  • santan sekotak
  • gula melaka / manisan 2 ketul/kerek
  • 1/2 mangkuk sagu
  • secubit garam
  • daun pandan simpul
cara-cara
  • Masukkan santan dengan secawan air, daun pandan dan gula melaka
  • Masak dengan api kecil sehingga gula melaka larut
  • Kacau santan jangan sampai santan mendidih
  • selepas itu masukkan pisang, sagu dan garam
  • Masak sehingga sagu nampak jernih
  • Sedia untuk dihidangkan


ok!2x so kalo tgok rupe mmg fail ar.... dah ar x de nmpk pun kehadiran sagu ku...hua!~ tp rase..kate kakak ku.., "sedap dik!" (tp mgkin jugak die ckp mcmtu sbb dy xyah nak buat...kih3:P)
untuk esok plak...hmmm~ tataw ag la..wait n read meyh..he3
(^^,)y until nextime ladies n gents..
wasalam....

Monday, August 1, 2011

kuih kaswi~~~

assalamualaikum.. :)
Alhamdulillah..1 hari sudah berjaya dilalui...
he3..1st ramadhan ni juga menandakan bermulanya 'projek besar'ku
untuk hari ini saya telah memilih untuk mencuba kuih kaswi.


Bahan-Bahan

2 cawan gula melaka
4 1/2 atau 5 cawan air
2 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung beras
Kelapa putih secukup nya untuk di kukus

Cara-cara

1. Didihkan air, masukkan gula dan masak hingga gula hancur. Letakkan daun pandan.
2. Sejukkan air gula, bila telah sejuk ditapis.
3. Masukkan air gula ke dalam campurab semua tepung dan dikacau rata.
4. Tapis beberapa kali sehingga tepung tidak bergentil.
5. Dibiarkan selama 1 1/2 jam.
6. Panaskan kukusan, siapkan loyang dan disapu dengan sedikit minyak supaya adunan tidak melekat. Kukus dalam masa 45 minit atau sehingga masak.
7. Jika menggunakan acuan kecil anggaran mengukus dalam 20 minit saja.
8. Gaulkan dengan kelapa putih yang telah dikukus

percubaab hari ini sgt simple dan menyeronokkan..i had alot of fun..hope you do too..slmt mencube
(^^,)y p/s : nntkn cubaan sy esok...