Wednesday, January 13, 2010

epilog (harga sekeping hati)



Cinta yang indah pasti bersisir di sebalik awan. Umpama pelangi, sering membuat hati teruja biarpun ia Cuma satu ilusi. Cantik dipandang, tidak mungkin dapat di pegang. Itukah namanya cinta? Atau itukah mainan perasaan seorang insan?


            ‘ Ya Allah, aku sudah tidk tahu kepada siapa aku patut mengadu. Kepada KAU aku berpaling, kepada KAU aku aku berserah. Ya Allah, ENGKAU yang Maha Agumg lagi Maha Memahami, aku pasrah segala-galanya. Jika ini suratannya, aku mohon agar ak diberikan kekuatan.’


              Benar hidup ini suatu pengembaraan, dan pengembaraan ini bukan suatu perjalanan yang mudah. Umpama satu perjuangan, pasti ia ada ujian, ada getir dan ada sengitnya. Hanya mereka yang berjiwa kental tidak akan tersungkur pada kekalahan. Jika terjerumus pada kali pertama, kemudian bangkit semula, itu menjadikan hidup lebih manis dan matang.

              Namun, bagaimana mahu mencipta kehidupan yang bahagia dalam sesebuah perkahwinan? Siapa yang sudi berada di sisi, sedangkan bila aku tersungkur, manusia disekelilingku sekadar bertepuk tangan dan bersorak?

               Bukankah Allah S.W.T menjanjikan kebahagiaan kebahagiaan dan kesejahteraan dalam ikatan pernikahan? Namun, adakah jaminan bahawa setiap pernikahan itu ada ketenangan? Berkahwin atau tidak berkahwin, jalan yang mana wajar dipilih? Aku sendiri keliru.

                Pada suatu ketika dulu, Ustaz Naqib pernah menyebut: “ Perkahwinan itu satu matlamat. Perkahwinan itu memberi jaminan pahala. Jika manusia berjaya menyempurnakan amanah Allah, syurga sudah menanti di sana buatnya. Jangan biar hidup membujang, rugi nanti.”

                “ Matlamat apa, ustaz?” tanyaku seperti orang dungu. Ketika itu baru darjah lima sekolah agama. Belum pun datang bulan.

                  Terbeliak biji mata Ustaz Naqib. Bagai mahu terangkat kopiah putihnya yang bersulam benang emas itu. Dengan selamba, pandangan tajam lelaki itu,tanpa sedikitpun rasa cemas kubalas. Budak-budak lelaki di barisan hadapan sudah terhincut-hincut bahu menyembunyikan tawa.

                     “ Wow, Aie nak kahwinlah!”

                     Selumbar sungguh telinga mendengar ungkapan yang celupar itu. Aku terdiam hilang kata-kata.

                     Ustaz Naqib segera beralah. Mungkin dia menyedari betapa ak bertanya dengan penuh naif. Nama pun budak. Amat jujur pertanyaanku itu.

                    “Berkahwin akan memakmurkan lagi muka bumi ini. Kita sebagai manusia akan memastikan kesejahteraan berpanjangan. Tapi macam mana kesejahteraan itu wujud? Tentunya apabila lelaki dan wanita berkahwin. Manusia akan beranak pinak. Hidup saling bersaudara. Bayangkan dunia ini jika manusia terpupus dan tiada bayi yang lahir, apa akan jadi? Tentu semakin tidak berseri muka bumi ini. Akan jadi tandus dan kering kalau tiada kehidupan manusia. Bukankah ibubapa wajib mendidik dan mengasuh anak masing-masing menjadi hamba Allah yang berbakti? Aie...faham?” Ustaz Naqib menerangkan panjang lebar sambil menolak cermin mata bulatnya yang tebal bergelang-gelang dengan jari telunjuknya daripada melorot pada hidungnya yang agak pesek.

                         Aku terkebil-kebil. Panjangnya penerangan ustaz itu. Nafasku bagai tersekat-sekat. Cuba menangkap dan mencernakan setiap kata-katanya.

                       “Faham? Hah, sabar... tujuh, lapan tahun lagi baru kamu bolah kahwin!” Ustaz Naqib menjegilkan biji mata.

                        Aku tersentak dan sepontan mengangguk bagai orang bodoh. Bunyi ketawa dan sorakan bergeme di seluruh bilik darjah. Deringan loceng menandaka tamatnya waktu subjek Ibadat 2 memenuhi ruang pendengaran membuatkanku menarik nafas lega.

                         Itu kenangan masa sekolah rendah. Sebenarnya aku tidak faham lamgsung penerangan Ustaz Naqib yang begitu beria-ia. Namun leaki itulah satu-satunya manusia yang memberikan definisi perkahwinan dengan makna yang cukup manis.

bersambung.....

No comments: